Selasa, 8 November 2022

TINDAKAN YANG MELANGGAR PRINSIP RUKUN NEGARA

 TINDAKAN YANG MELANGGAR PRINSIP RUKUN NEGARA

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab mematuhi prinsip Rukun Negara, kita seharusnya tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai melanggar prinsip Rukun Negara. Berikut ialah contoh tindakan yang dianggap sebagai melanggar prinsip Rukun Negara.


1.ISU BENDERA TERBALIK



Beberapa insiden dan rentetan peristiwa sejak kebelakangan ini memberi gambaran prinsip Rukun Negara kini seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan masyarakat yang prihatin.

Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, masih wujud isu bendera terbalik, menukar Jata Negara dan sengaja mengibarkan bendera bukan Jalur Gemilang yang bertentangan dengan undang-undang negara, kata Profesor Datuk Dr Ismail Sualman. Dr Ismail berkata, rakyat Malaysia perlu mengetahui pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman damai serta dapat menghindari sifat curiga antara satu sama lain terutama ketika dilanda bencana.

Ini kerana, perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia.

“Tanpa perpaduan, sesebuah negara akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam serta diceroboh oleh anasir luar atau dalam negara itu sendiri.


2. MEMIJAK BENDERA



Ini kerana memijak bendera sendiri seolah-olah tidak menghormati negara kita sendiri. Saya teringat kisah perhimpunan pemimpin-pemimpin dunia. Sebagai petanda setiap pemimpin dari sudut susunan kedudukan yang ditetapkan, maka dilihat di bawah kakinya bendera masing-masing. Tiba-tiba Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengambil bendera negaranya Turki dan menyimpan dalam sakunya. Peristiwa ini memaknakan betapa sensitifnya seseorang yang memahami tentang bendera masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LANGKAH MENERAPKAN RUKUN NEGARA

   LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA                Menurut Kamus Dewan (2005), Rukun Negara adalah falsafah negara Malaysia yang mendukung  lima pr...